28 Desember 2010 - 20:30

Menyikapi berbagai tuduhan negatif media kepada warga Syiah pasca penggerebekan pihak JAIS dan kepolisian terhadap jama'ah Hauzah Imam Ridha, sekelompok warga Syiah Malaysia kemarin (28/12) menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dan menuntut permintaan maaf dari pihak JAIS.

Menurut Kantor Berita ABNA, sekelompok warga Malaysia pengikut Syiah Imamiyah kemarin (28/12) yang diketuai H. Kamil Zuhairi bin Abdul Azis menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) sebuah lembaga hak asasi manusia setempat, sambil menyebutkan telah terjadi pencemaran nama baik secara serius oleh pihak JAIS yang telah disiarkan oleh banyak media di Malaysia.

Kelompok yang terdiri sekitar 30 orang itu mendakwa tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu Hauzah Imam Ridha (a.s.) di Gombak pada 15 Desember lalu tidak memenuhi prosedur undang-undang dan bertentangan dengan berbagai ketentuan penegakan HAM sebagaimana yang telah tercantum dalam Piagam Hak Asasi Manusia PBB.

"Kami Komunitas Pencinta Ahlul Bait (Syiah) di Malaysia memohon perlindungan hak dari SUHAKAM agar hak minoritas kami sebagai warga Malaysia dilindungi pihak-pihak berwajib," kata jurubicaranya Kamil Zuhairi Abdul Aziz.

"Sekiranya hak kebebasan beragama dan kepercayaan telah diberikan kepada minoritas yang beragama Hindu, Buddha, Kristian, Sikhisme dan yang lainnya, mengapa kami dicaci, dihina, difitnah dan kini digugat semata-mata karena mengamalkan kepercayaan kami turun-temurun sejak nenek moyang kami, yaitu Mazhab Ahlul Bait atau Syiah Imamiah yang dianuti lebih dari 200 hingga 500 juta umat Islam seluruh dunia." Lanjutnya.

Pengikut Syiah Imamiyah dari Gombak ini mencuat di media pertama kalinya setelah pihak JAIS melakukan penyerbuan kepada majelis yang mereka adakan, dan menyebarkan fitnah negatif lewat media. Sambil memperkenalkan Syiah sebagai ajaran yang mencintai perdamaian dan tidak mengancam keselamatan negara Malaysia, Kamil Zuhairi menegaskan ajaran Syiah Imamiyah tidak boleh di samakan dengan Syiah di tempat yang lain.

"(Kami) tidak akan menumpahkan darah, tidak akan bersekongkol, tidak akan terlibat dalam aktivitas militer sedikitpun, apalagi berupa tindakan teror dan persenjataan yang dapat membahayakan kedaulatan Negara." katanya sambil menegaskan bahwa pihaknya siap menjalin kerjasama dengan pemerintah untuk membendung tindakan-tindakan yang mengancam keselamatan Negara.

Beliau turut meminta pihak JAIS dan pengarahnya Datuk Khusrin Munawi dan penguatkuasa jabatan itu membuat permohonan maaf secara terbuka karena telah menyebarkan fitnah dan kekeliruan mengenai kelompok Syiah.

Turut dituntut memohon maaf adalah pihak media dan Datuk Dr Hassan Din yang oleh berbagai media menyebutkan bahwa ia telah berkata, pernikahan dengan pengikut Syiah adalah pernikahan yang tidak sah, dan anak yang terlahir dari pernikahan tersebut dikategorikan sebagai anak zina. Kamil Zuhairi menjelaskan kekeliruan yang timbul terhadap Syiah Imamiyah terjadi akibat tidak adanya dialog dan kajian ilmiah dari para sarjana mengenai ajaran tersebut.

Berikut nukilan Memorandum Bantahan perwakilan komunitas Syiah yang diserahkan kepada pihak SUHAKAM untuk kemudian ditindak lanjuti.

MEMORANDUM  BANTAHAN

KEPADA

SURUHANJAYA  HAK  ASASI  MANUSIA  MALAYSIA

( SUHAKAM )

ISU

PENCABULAN/PELANGGARAN

HAK  ASASI  KEMANUSIAAN  MALAYSIA

DIKEPALAI

DATO’ MUHAMMED KHUSRIN  BIN  MUNAWI

PENGARAH

JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

TURUT SERTA  TERLIBAT

MEDIA CETAK DAN ELEKTRONIK/BLOGGERS/

MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG/POLIS DIRAJA MALAYSIA/

PEMUKA  AGAMA  MALAYSIA

JENAYAH

MENGGELIDAH, MERAMPAS,

MEROSAKKAN HARTA BENDA DAN MENFITNAH

TERHADAP

KOMUNITI  MINORITI

PENCINTA   AHLUL BAYT (KELUARGA) RASULULLAH  MUHAMMAD S.A.W.

(MINORITI SYIAH  MALAYSIA)

 

DI SRI GOMBAK , SELANGOR  DARUL EHSAN.

TARIKH

15hb DISEMBER 2010 / 09hb MUHARAM  1432.

WAKTU

10.30 MALAM – 12.00 MALAM.

MEMORANDUM  BANTAHAN

SURUHANJAYA HAK  ASASI MANUSIA  MALAYSIA (SUHAKAM)

Tarikh:  27hb Disember  2010 / 20hb Muharam 1432 Hijrah.

Kepada:
Pengerusi dan Ahli-Ahli Pesuruhjaya

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
Tingkat 11, Menara TH Perdana,
Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur.

KRONOLOGI  KEJADIAN :

Tarikh     :             15hb  Disember, 2010 / 09hb Muharam 1432.

Tempat    :           Di Hauzah Ar Ridha (as), Sri Gombak, Batu Caves, Selangor Darul Ehsan

Waktu     :            Jam 10.15 pm – 12. 00 pm.

Pada Hari Rabu malam Khamis, lebih kurang pukul 10.30 malam pihak Jabatan Agama Islam

Selangor (JAIS) yang dikepalai oleh pengarahnya, Muhammed Khusrin bin Munawi bersama-

sama kakitangan (JAIS), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), berserta pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) telah memecah masuk dan menyerbu ke dalam Hauzah Ar Ridha (as), Sri Gombak, Batu Caves, Selangor. Ketika itu sedang berlangsung Majlis Tahlil Arwah untuk Saidina Hussein (rd) cucunda kepada  Rasulullah Muhammad s.a.w .

 

Sebagaimana diketahui umum, Majlis Tahlil Arwah untuk Saidina Hussein, sering diperingati  setiap tahun sejak tanggal 10hb Muharram 61 Hijrah. Tradisi ini sudah menjangkau hampir 1371 tahun lamanya oleh sebahagian besar masyarakat - Pencinta Ahlul Bayt Rasulullah Muhammad s.a.w (Syiah) di seluruh dunia.

Ia bukan sahaja diperingati  di Republik Islam Iran, Iraq, Lubnan, Pakistan, India, Bangladesh, Kuwait, Yaman,  Turki dan Afghanistan bahkan di negara–negara umat Islam lain yang terdapatnya Komuniti Pencinta Ahlul Bayt (keluarga)  Rasulullah Muhammad s.a.w. (Syiah)  dan tidak terkecuali di negara–negara Eropah, Afrika, Rusia, China, Amerika Syarikat, Amerika Selatan, Jepun, Australia, Sri Lanka, Filipina, Singapura, Burma, Thailand  termasuk Indonesia dan di negara kita, Malaysia.

 

Tindakan (JAIS) menceroboh dan memecah masuk  ke Majlis Tahlil Arwah Saidina Hussein yang  sedang  berlangsung  pada malam tersebut tidak ada kaitan sama sekali dengan penyebaran fahaman Pencinta  Ahlul Bayt (keluarga) Rasulullah Muhammad s.a.w. (Syiah), kepada mana-mana pihak di Selangor atau di Malaysia. Majlis dilakukan secara tertutup di premis yang sah dan Majlis Tahlil Arwah tersebut hanya bertumpu kepada memperingati arwah cucuanda Rasulullah, Nabi Muhammad (s.a.w.) dalam Kalendar Umat Islam.

BAHAWASANYA:

Komuniti Pencinta  Ahlul Bayt (keluarga) Rasulullah, Nabi Muhammad s.a.w.(Syiah) di Malaysia selaku kumpulan minoriti agama, dengan ini mengemukakan Memorandum Bantahan dan Aduan terhadap tindakan biadab Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang dikepalai oleh Mohammed Khusrin Munawi, Majlis Perbandaran Selayang, Polis Diraja Malaysia dan wartawan dari pelbagai media yang dengan terang dan jelas telah menghina kesucian majlis tersebut dengan memecah masuk ke premis tanpa menanggalkan kasut seterusnya memaki hamun mereka yang  sedang menghadiri majlis tersebut.

Sikap melampau Mohammed Khusrin Munawi dan pegawai-pegawai JAIS yang tidak menghormati  kesucian premis tersebut  seharusnya dikeji. Kejahatan tindak-tanduk JAIS bercanggah dengan Hak Kebebasan Beragama seperti termaktub dalam  Perlembagaan Malaysia dan beberapa peruntukan undang–undang lain.

SESUNGGUHNYA:
(1) Memorandum bantahan ini kami kemukakan berdasarkan kepada ajaran Al-Quran dan Hadis

Rasulullah Muhammad  s.a.w. dengan  jaminan hak-hak kebebasan serta kewarasan akal budi  peradaban kemanusiaan (rujuk Abdul Monir Yaacob, Hak Asasi Manusia Menurut Islam Sejarah dan Konsepnya, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi: 1986).

(2) Memorandum Bantahan ini kami kemukakan berdasarkan Jaminan Hak Kemanusian, Perkara 18, Piagam Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1948 (rujuk lampiran).

(3) Memorandum bantahan ini kami kemukakan berdasarkan  Jaminan Hak Kemanusiaan, Perkara 11, Perlembagaan Persekutuan Malaysia, dan

(4) Deklarasi Amman, Jordan 2008 oleh  Pertubuhan Dunia  Negara-Negara Islam (OIC) yang mana jaminan hak beragama diberikan kepada Komuniti Pencinta  Ahlul Bayt (keluarga) Rasulullah Muhammad s.a.w.( Syiah).

Kesemua perkara dan konsensus antarabangsa yang diperuntukkan di atas turut diperakukan oleh Malaysia secara langsung atau tidak langsung. Malaysia adalah salah sebuah entiti antarabangsa yang telah menurunkan tandatangan  persetujuan  dengan penuh sedar  serta memahami segala syarat–syarat dan butiran  yang terkandung di dalamnya. Piagam Hak Asasi Manusia – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Deklarasi Amman, Jordan - OIC  telah menggariskan dengan jelas dan terang berkenaan hak-hak asasi kehidupan kemanusiaan. Antara yang terpenting adalah hak kebebasan untuk memilih dan mengamalkan Kepercayaan atau agama oleh seseorang.

Berdasarkan jaminan-jaminan tersebut, kami menuntut hak kami sebagai  individu untuk

mengamalkan apa yang kami yakini dan percaya sebagai ajaran agama berdasarkan al-Quran dan ajaran Rasulullah Muhammad s.a.w. yang telah disampaikan  oleh Ahlul Bayt (keluarga) Rasulullah yang suci. Hak beragama tersebut perlu dilunasi tanpa perlu dipaksa terikat dengan mana-mana mazhab atau fahaman sempit yang tidak berlandaskan sebarang dialog.

SESUNGGUHNYA  KAMI  NYATAKAN:

  1. Adalah kami komuniti Pencinta Ahlul Bayt (keluarga) Rasulullah Muhammad s.a.w. (Syiah) di Malaysia adalah sebahagian daripada masyarakat besar Pencinta Ahlul Bayt seluruh dunia yang berjumlah sekitar 200-500 juta umat Islam.

  2. Adalah kami Pencinta Ahlul Bayt (keluarga) Rasulullah Muhammad s.a.w. (Syiah) di Malaysia TIDAK BOLEH DISAMAKAN dengan masyarakat Syiah di rantau lain, seperti rantau Indo-Pakistan, Asia Tengah atau Timur Tengah yang mempunyai tradisi dan kebudayaan berbeza. Kami minoriti Syiah di Malaysia mempunyai jati diri yang khusus.

  3. Adalah kami minoriti Syiah di Malaysia tidak boleh digeneralisasikan sama seperti umat Islam Syiah di rantau lain.

  4. Adalah kami Pencinta Ahlul Bayt (keluarga) Rasulullah Muhammad s.a.w. (Syiah) di Malaysia datang dari pelbagai jalur etnik Melayu dan umat Islam yang mana mazhab Ja’fari (mazhab fikah Syiah) ADALAH MAZHAB ASAL KAMI.

  5. Adalah kerana tiadanya dialog dan wacana di antara pihak berkuasa agama tempatan dengan komuniti kami (Syiah) di Malaysia maka telah berkembang kejahilan, kekeliruan dan salah anggap yang sangat besar terhadap kami.

  6. Adalah etnik Melayu yang berketurunan Aceh, Minang, Bugis, Jawa, (hanya beberapa contoh) dan umat Islam dari keturunan Siam-Ayuthya, Pakistan dan Arab terdapat sebahagian kecilnya adalah pendokong Ahlul Bayt (keluarga) Rasulullah Muhammad s.a.w Syiah sejak turun-temurun (daripada nenek moyang).

  7. Adalah kami mempunyai bukti atau hujah akademik serta warisan sejarah keluarga yang mesti diperakukan menurut Piagam Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia bahawa kami adalah bermazhab Syiah atau mengamalkan fikah Ja’fari sebagai MAZHAB ASAL kami.

  8. Adalah tiadanya dialog dan kajian sejarah, budaya dan etnik yang tersusun dari pihak berkuasa dan juga sarjana akademik tempatan menyebabkan kami telah disudutkan dan tidak diketahui kewujudannya sekian lama.

  9. Adalah fitnah yang disebarkan mengenai kami Pencinta Ahlul Bayt (keluarga) Rasulullah Muhammad s.a.w. (Syiah) di Malaysia mengakibatkan salah faham yang sangat buruk terhadap kami. Salah faham yang buruk ini mendorong pewartaan undang-undang yang tidak adil buat kami.

  10. Adalah kerana itu komuniti Pencinta Ahlul Bayt (keluarga) Rasulullah Muhammad s.a.w. (Syiah) mengalami penindasan, salah tanggap, penderaan emosi, serta tekanan yang hebat ekoran dari fitnah dan tohmahan Mohammed Khusrin Munawi selaku Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor tersebut.

  11. Adalah fitnah yang beliau sebarkan menerusi ucapan beliau kepada media tempatan menyebabkan hak-hak beragama dan kebebasan mengamalkan agama kami telah dicabul.

  12. Adalah perbuatan tidak bertanggungjawab Mohammed Khusrin Munawi selaku Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor terhadap kami mengakibatkan fitnah dan kekeliruan terhadap masyarakat besar Pencinta Ahlul Bayt (Syiah) seluruh dunia yang berjumlah sekitar 200-500 juta umat Islam semakin dipanjangkan. Aksi tidak bijak ini boleh menjejaskan imej Malaysia di luar negara.

DENGAN ITU:

  1. Kami membantah tindakan  Jabatan  Agama Islam Selangor (JAIS) dikepalai  Mohammed Khusrin bin Munawi  bersama  kakitangan  JAIS yang bersikap biadap dan keji menceroboh, memecah masuk, menggelidah, merosak dan mengambil barang–barang hak milik  Hauzah Ar Redha a.s tanpa kebenaran atau  Waran Sah  ketika Majlis Tahlil  Arwah  Saidina Hussin a.s  cucunda   Rasulullah Muhammad s.a.w.  di premis tersebut.

  2. Kami Komuniti Pencinta  Ahlul Bayt (keluarga) Rasulullah Muhammad s.a.w. (Syiah) di  Malaysia percaya kami telah dijadikan bahan uji, adu domba dan diKambing Hitam oleh pihak yang  tidak bertanggungjawab, seperti yang dipelihatkan oleh tindak-tanduk kurang ajar Mohammed Khusrin Munawi (JAIS), Media Cetak/Elektronik, bloggers dan pemuka agama  demi memenuhi nafsu sarakah tanpa mempedulikan hak-hak kemanusiaan kami sebagai rakyat Malaysia.

  3. Kami ingin menafikan segala dusta, fitnah cacian dan rekacipta tuduhan biadab penuh  pembohongan yang melampaui batas kemanusiaan, yang telah mereka lemparkan kepada

kami untuk menghasut rakyat Malaysia dengan niat menimbulkan ketegangan  untuk menghuru-harakan negara Malaysia yang kami cintai.

Tuduhan dusta penuh keji yang diucapkan oleh Mohammed Khusrin (JAIS) telah ditambah nilai oleh pihak tertentu (Media, Bloggers dan Pemuka Agama):  

-          Mereka telah menghina dan memfitnah Komuniti Pencinta Ahlul Bayt (keluarga)  Rasulullah Muhammad s.a.w (Syiah) menghalalkan darah saudara–saudara  kami yang sebangsa dan seagama dari golongan Sunnah. Kami ingin menegaskan bahawa terdapat antara penganut Syiah atau Ja’fari berkahwin dan hidup dalam masyarakat ahlus sunnah wal jamaah secara rukun damai secara turun-temurun.

-          Mereka telah menghina dan memfitnah,  Komuniti  Pencinta Ahlul Bayt (keluarga) Rasulullah Muhammad s.a.w (Syiah) mengamalkan kahwin muta‘ah dan seks bebas. Sebagai sebuah masyarakat, kami tidak dapat mengawal setiap penganut mazhab Syiah atau Ja’fari. Perbuatan segelintir daripada kami tidak dapat dihujahkan mewakili seluruh komuniti. Selain itu mesti diingatkan di sini, oleh kerana tiadanya sebarang dialog dan ruang untuk kami bersuara, terdapat banyak kekaburan dan kekeliruan tentang konsep-konsep ajaran Syiah disebarkan.

-          Mereka telah menghina dan memfitnah, Komuniti  Pencinta  Ahlul Bayt (keluarga) Rasulullah Muhammad s.a.w (Syiah) tidak wajib menunaikan Haji di Mekah. Sekali lagi tuduhan dan fitnah ini tidak benar dan tidak berasaskan hujah atau dalil yang ada dalam teks suci, dan juga fatwa para marja’ taklid (rujukan ulama fikah) kami.

-          Mereka  telah menghina dan menfitnah,  Komuniti  Pencinta  Ahlul Bayt  (keluarga) Rasulullah Muhammad  s.a.w. (Syiah) telah  mengkafirkan saudara saudara kami dari golongan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Sekali lagi kami ingin menekankan bahawa tohmahan ini tidak benar. Ini kerana terdapat antara penganut Syiah atau Ja’fari dalam kalangan kami berkahwin secara sedar dan hidup dalam masyarakat ahlus sunnah wal jamaah.

-          Mereka telah menghina dan memfitnah , Komuniti  Pencinta  Ahlul Bayt (keluarga) Rasulullah Muhammad s.a.w (Syiah) sebagai  sesat  dan KAFIR.

-          Mereka juga telah memberi gambaran bahawa adalah menjadi DOSA BESAR kepada JAIS dan pemuka Agama di Malaysia ini sekiranya umat Islam di negara ini tidak memilih mazhab Ahlus Sunnah Wal Jamaah sebagai anutan mazhabnya. Hal ini menjadi satu masalah yang besar buat kami kerana seperti yang dinyatakan sebelumnya, mazhab asal kami adalah sememangnya Syiah Imamiyah dengan fikah Ja’fari.

-          Mereka telah menghina dan memfitnah, komuniti Pencinta  Ahlul Bayt (keluarga)  Rasulullah Muhammad s.a.w. (Syiah) dengan menanam api permusuhan terhadap saudara mara kami dari Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

-          Mereka telah menghina  dan memfitnah, komuniti Pencinta Ahlul Bayt (keluarga) Rasulullah  Muhammad s.a.w. (Syiah), bahawa perkahwinan antara orang Syiah dengan Ahli Sunnah adalah haram dan zina, sementara zuriat hasil perkahwinan tersebut sebagai adalah luar nikah (tidak sah).

4.            Komuniti Pencinta  Ahlul Bayt (keluarga) Rasulullah Muhammad s.a.w. (Syiah) di

Malaysia, dengan penuh sedar ingin menyatakan pendirian dan kesaksian  kami seperti berikut:

 

Tauhid Ajaran Agama Kami Yang Telah Dibawa Oleh Rasulullah Muhammad s.a.w dan disampaikan Oleh Ahlul Baytnya (Keluarganya) ialah: Cinta Abadi / Kasih Sayang

 

·         Cinta  Kepada Penciptanya (Allah)

 

·         Cinta  Kepada Pesuruhnya  ( Rasulullah Muhammad Rasulullah s.a.w. )

 

·         Cinta Kepada  Keluarga  Pesuruhnya  

 

·         Cinta  Kepada Manusia / Alam / Makhluk.

 

·         Cinta  Kepada KeAmanan /  KeAdilan  Sejagat.

 

·         Cinta  Kepada  Negaranya.

 

·         Cinta  Kepada  Institusi  Raja – Raja  Yang Melindungi Keselamatan Rakyatnya .

 

·         Cinta  Kepada  Perlembagaan Negara dan Rukun Negara  yang  berpaksikan: “DiMana Bumi DiPijak , DiSitu Langit DiJunjung“ 

 

  1. Kami Komuniti  Pencinta  Ahlul Bayt (Syiah) di Malaysia memohon perlindungan  HAK dari  SUHAKAM berpaksikan Perlembagaan Malaysia agar hak minoriti kami sebagai rakyat Malaysia dilindungi oleh pihak–pihak yang berwajib. Sekiranya hak kebebasan beragama dan kepercayaan telah diberikan kepada minoriti yang  beragama  HINDU, BUDDHA, KRISTIAN, SIKHISM atau  lain lain  agama, mengapa kami dicaci, dihina, difitnah dan kini diugut semata-mata kerana mengamalkan mazhab kepercayaan kami turun-temurun sejak nenek moyang iaitu  Mazhab Ahlul Bayt yang dianuti lebih 200-500 juta umat Islam seluruh dunia.

  2. Pendirian kami amat jelas dan terang, dan kami berharap agar hak-hak asasi sebagai seorang manusia diberikan kepada kami untuk mempercayai dan mengamalkan apa yang kami percaya sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang tercinta.

KOMUNITI PENCINTA AHLUL BAYT (SYIAH) DI MALAYSIA BERIKRAR:

  1. Tidak akan menumpahkan darah, tidak akan bersubahat, tidak akan terlibat dalam sebarang kegiatan militan, teror dan persenjataan yang dapat meletakkan negara tercinta dalam kedudukan bahaya. Kami juga bersedia bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk membendung sebarang elemen atau anasir militan, teror dan ganas.

  2. Sentiasa menjunjung dan memperakukan institusi beraja dan perlembagaan Malaysia serta taat setia Yang Dipertuan Agong.

  3. Tidak akan terlibat dalam sebarang bentuk tindakan yang boleh menggugat keselamatan negara ini.

TUNTUTAN

  1. Kami Komuniti  Pencinta  Ahlul Bayt (Syiah) di Malaysia dan Syiah seluruh dunia menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada Mohammed Khusrin bin Munawi dan Jabatan Agama Islam Selangor setelah beliau dan jentera di bawahnya mencabul hak-hak kami dan menfitnah kami dengan dahsyatnya.

  2. Kami Komuniti Pencinta  Ahlul Bayt (Syiah) di Malaysia dan Syiah seluruh dunia menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada media cetak dan elektronik yang menfitnah kami tanpa asas kukuh.

  3. Kami Komuniti Pencinta  Ahlul Bayt (Syiah) di Malaysia dan Syiah seluruh dunia menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada ulama dan pemuka agama yang menfitnah kami, khususnya Hassan Din al-Hafiz yang dalam laporan Berita Harian 18 Disember 2010 di halaman 4 memanggil anak-anak kami penganut Syiah sebagai anak tidak sah atau anak haram.

  4. Kami menawarkan dialog dan ingin menghulurkan salam perkenalan dan perbincangan dengan pihak berkuasa agama semua negeri khususnya Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM).

  5. Kami menawarkan dialog dan ingin menghulurkan salam perkenalan dan perbincangan dengan pihak berwajib iaitu Perdana Menteri Malaysia. Kami percaya slogan 1Malaysia yang digagaskan oleh beliau bemaksud untuk mendakap seluruh minoriti yang ada dan diberikan hak-haknya selaras dengan semangat perlembagaan.

  6. Kami menawarkan dialog dan ingin menghulurkan salam perkenalan dan perbincangan dengan penggubal undang-undang (ahli parlimen) sebagai wakil rakyat kami.

  7. Kami menawarkan dialog dan ingin menghulurkan salam perkenalan dan perbincangan dengan semua entiti politik termasuk parti pembangkang.

  8. Kami menawarkan dialog dan ingin menghulurkan salam perkenalan dan perbincangan dengan semua entiti sosial seperti badan-badan bukan kerajaan.

 

Sekian, Terima  Kasih,

Wassalam.

________________________

Yang Benar,

Kamil Zuhairi  Ab Aziz.

                Ketua Minoriti Pencinta Ahlul Bayt Rasulullah Muhammad s.a.w. (Syiah) Malaysia